Friday, February 27, 2009

new born..Thanks to God...

jam 2.37pm di hospital ampang.....telah selamat dilahirkan seorang puteri.....


25/02/09.....

Monday, February 16, 2009

itulah sebenarnya..

Jika cintamu diberikan kepada manusia,
kau akan merasai betapa peritnya perpisahan,
pahitnya api cemburu yang membara,
sukarnya untuk memahami,
susahnya menjaga hubungan dari dugaan dan cintamu kemungkinan diterima atau ditolak. Tetapi, jika cintamu diberikan sepenuhnya untuk Tuhanmu,
kau tak akan pernah merasa kehilangan,
tidak ada yang akan merebut cintaNya darimu,
akan hidup bersamaNya dan tidak akan pernah berpisah denganNya kecuali kau sendiri yang menjauhiNya.



Sesungguhnya, cinta yang paling membahagiakan adalah cinta pada Allah SWT.

Sunday, February 15, 2009

Pertanyaan Buat Cinta.....dimanakahmu sebenarnya,,?

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

semoga dirimu berbahagia disana..

12/02/09....abgku telah selamat berlepas ke doha......hari ini second day dia keje kat sana.....moga cita2 mu membuatkan hasil...kami sentiasa mendoakan dirimu.....

Saturday, February 7, 2009

Sedar lah...celik lahh..

Wahai wanita solehah,,
janganlah dikau risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikannya,lirikan senyumannya, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya..
sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita....

Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itusedang membina syaksiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu......

Friday, February 6, 2009

Thursday, February 5, 2009

Hati itu....


hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan,
suburkanlah ia dengan siraman zikrullah,
pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman,
usah biarkan ianya layu dengan racun dunia,
pagarilah ia dengan tembok puasa kerana puasa itu boleh menundukkan nafsu serta mendidik jiwa...

'Ala bizikrillahi tatmainnul qulub......

Wednesday, February 4, 2009

mutiara kata...

Kita sering mahukan hari yang CERAH ,

tetapi ALLAH lebih mengetahui hakikatnya HUJAN PERLU DITURUNKAN...



Kita sering inginkan KESERONOKAN ,

jauh sekali KESUSAHAN tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itu mengajar

KEHIDUPAN....



Kita sering menginginkan KETENANGAN,

tetapi manusia tidak dpat lari dari KESILAPAN.....






Semua itu bukanlan HUKUMAN,

tetapi sebagai tanda KASIH&SAYANG Khaliq agar kita lebih BERIMAN......

Monday, February 2, 2009

salam ukhuwwah dan mahabbah fillah.......

salam keceriaan buat semua...setelah seminggu bercuti...
selamat hari wilayah jugak buat warga2 wilayah persekutuan...

dan tidak lupa juga.... selamat hari lahir buat kanda tercinta..
semoga tanggal 02/02/09 nih menjadi tanggal yg bermakna buatmu..
semoga di berkati ALLah sentiasa, dimurahkan rezeki buat kita sekeluarga....