Saturday, April 21, 2007

HAPPY WEEK


Zangy Comment Graphics

SeKaDaR TaZkIRaH

Sekadar untuk renungan semua...

setiapkejadian kita sama ada dari kaum Adamatau Hawa,
sama-sama ada kelebihan danperanan masing-masing di atas muka bumiALLAH ini.

Mari kita fikirkan sejenak:-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosasendiri apabila sudah balighmanakala dosa gadis bujangditanggung oleh bapanya

.2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosasendiri, dosa isteri, dosaanak perempuan yang belum berkahwindan dosa anak lelaki yangbelum baligh.

3. Hukum Islam menjelaskan anaklelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidakmenjalankantanggungjawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yangtua, menakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taatkepada suaminya.



Isteri berbuat baikpahala dapat kepadanyakalau buat tak baik dosanyaditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah padaisteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri bolehmembantu.
Suami pula tidak bolehmenggunakan pendapatan isteri tanpaizin.
Walaupun tanggungjawab lelaki dilihatbegitu banyak, namun orang lelaki tetapada pelbagai keistimewaan yangdianugerahkan oleh ALLAH SWT dan tidakada pada wanita .

Wanita

1.Wanita auratnya lebih susah dijagaberbanding lelaki iaitu meliputiseluruh badan kecuali muka dan duatapak tangan.

2.Wanita perlu meminta izin darisuaminya apabila hendak keluarrumah tetapi tidak sebaliknya.

3.Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4.Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5.Wanita perlu menghadapi kesusahanmengandung danmelahirkan anak.

6.Wanita wajib taat kepada suaminyatetapi suami tak perlu taatpada isterinya.

7.Talak terletak di tangan suami danbukan isteri.

8.Wanita kurang dalam beribadat keranamasalah haid dan nifasyang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijagadan dibelai serta disimpan di tempatyang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah- sepah bukan?
itulahbandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapilelaki wajib taat kepada ibunya 3 kalilebih utama dari bapanya.
Bukankah ibuadalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang darilelaki tetapi harta itu menjadi milikperibadinya dan tidak perlu diserahkankepada suaminya, manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakanhartanya untuk menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandungdan melahirkan anak, tetapi setiap saatdia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika keranamelahirkan adalah syahid kecil.

Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akandipertanggungjawabk an terhadap

4 wanitaini:
>Isterinya,
>ibunya,
>anak perempuannya
> dansaudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggungoleh 4 orang lelaki ini: Suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudaralelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintuSyurga melalui mana mana pintu Syurgayang disukainya cukup dengan

4 syaratsahaja:

>Sembahyang 5 waktu,
>puasa dibulan Ramadhan,
>taat suaminya
>danmenjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihadfisabilillah tetapi wanita jika taatakan suaminya serta menunaikantanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala orangpergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata.Sewaktu peristiwa Isra' dan MikrajRasulullah SAW melihat kebanyakanpenghuni neraka adalah dari kalanganwanita.

Beringatlah wahaiwanita....Bersyukur lah kita keranabergelar 'Wanita' dan bersyukurlah kitakerana bergelar 'Lelaki'. Setiap satukejadian Allah SWT pasti adahikmahnya...


Wallahu'alam

Monday, April 9, 2007

CERITA UNTUK TATAPAN SEMUA

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen.. ...rancangan apa tak dapat lak dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.

Si suami : Untuk apa semua itu

Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap
ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya

Si suami : Emmm...Baiklah

Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur
malam ni.Untuk malam ni saja.

Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing
kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah
mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-
tiga muka surat tersebut..Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya
sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang mintak maaf sekiranya ada yang
menyinggung perasaan abang nanti.

Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.
Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang
terakhirnya.
Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..

Si isteri berdebar-debar menunggu

Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang,abang mintak maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu
abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi
abang.Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia
menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah
yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang.Abang mintak maaf sekali
lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi.
Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu,
MAAFKAN ABANG.......

Si isteri tidak terkata apa-apa.Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di
dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan... ....


p/s : Hargai Suami dan Bakal Suami kita....
smile

Friday, April 6, 2007

SeKaDaR InGaTan

""Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali kamulepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit.
Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderitaselagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepadaseseorang,
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjagahatinya.
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahajakerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu.
Mungkin tidak dapatmelupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

...Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap padatakungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadarkeperluanmu.

... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamumenampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cubamembaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnyabegituistimewa,
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukankesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewameninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungankamu akanberterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untukdirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, dan cubamencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akanmenyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamupasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabiladia menjadi milik orang lain