Friday, April 6, 2007

SeKaDaR InGaTan

""Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali kamulepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit.
Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderitaselagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepadaseseorang,
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjagahatinya.
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahajakerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu.
Mungkin tidak dapatmelupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

...Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap padatakungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadarkeperluanmu.

... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamumenampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cubamembaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnyabegituistimewa,
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukankesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewameninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungankamu akanberterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untukdirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, dan cubamencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akanmenyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamupasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabiladia menjadi milik orang lain

No comments: