Sunday, January 25, 2009

selamat tahun baru cina..

gong xi fa cai,,,

selamat tahun baru cina...

happy chinesenew year....


dan selamat bercuti buat semua....

Saturday, January 24, 2009

SEKITAR PROGRAM CAKNA PALESTIN....

sekitar program dan kutipan derma...kelab asakelate.net juga turut serta dlm merealisasikan program yang anjuran kan oleh kerajaan negeri kelantan...






saat itu...

"saat yang lepas adalah milik ALLAH, yang akan datang adalah rahsia ALLAH, yang kita miliki adalah detik ini, namun hak ALLAH jua.." jalani SUNATULLAH INI DENGAN PENUH BERERTI..

Tuesday, January 20, 2009

semuanya dariNya

"Andai diri terasa lemah,bangunlah bermunajat kepada Allah,
moga dengan izinNYA:

yang lemah dipandang gagah,
yang sedih dipandang ceria,
yang resah menjadi tenang.

sedikit pengorbanan tp selamanya terasa.

Adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita meminta kerana Dia mengerti keperluan hambaNYA.

Adakalanya Dia mengambil sebelum kita bersedia kerana Dia ingin menguji keimanan hambaNYA...."

Monday, January 19, 2009

happy weekday...

salam ukhuwwah dan salam kasih sayang buat semua..
dan juga selamat hari isnin...
semoga hari minggu yg lepas memberi sesuatu yang bermakna buat anda!!

begitu juga dgn saya..
tidak melepaskan hari minggu yg ada dgn sia2...
sabtu lps, sudah menghabiskan masa bersama-sama abg2 dan kakak ipar utk survey rumah2 untuk dijadikan rumah ku, syurga ku.....

sp setia menjadi pilihan..
property d setia alam begitu menawan kalbu..
tp property yg under budget sold-out...
x puas berada di rumah2 contoh....

lepas penat2..we all menjamu selera d foodcourt tesco setia alam...
sehari bersama..begitu bermakna..
mungkin inilah kesempatanyg terakhir untuk bersama bersama my beloved bro..
coz selepas CNY dia akan fly ke dhoha...
saat2 seperti 5 thn yg lps pasti kembali jua..
saat pemergian nya..meninggalkan kami semua..
at least 3 years dia d sana..
tp kali ini berbeza dgn 5 thn lps..dulu kerana untuk futher study..
tp kali ini kerana mendapat tawaran bekerja disana..

apa-apa pun ,
semoga kita semua berbahagia...

"hargailah sesuatu semasa kita memilikinya kerana kita akan menyesal setelah pemergiaan nya"

we all love u so much bro...

Friday, January 16, 2009

Mencari Cinta

Bertemu cinta Teragung

Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Tahu cintaNYA menerangi jiwa.



Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit

Di lembah terhina

Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta



Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA



Sekian lama

Diri terlalai

Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kadamaian abadi

Wednesday, January 14, 2009

Sekadar peringatan yang sangat berharga buatku...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..dd
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya

Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman

Tuesday, January 13, 2009

Buat Insan YangBakal Bergelar Zaujd...

Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimanakah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?,
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makanan buat jiwa dan hatimu?

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijal yang hebat,
Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikanku wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu,
Berjanji bahawa kau mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luh mahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti,
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..


>>>ihsan drpd:ButterCookies_ChocolateChips asakelate.net

Tuhanku..

ALLAH


bila Allah sentiasa dihati,
InsyaALLAH,
Kita akan mendapat berkat dunia dan akhirat disisiNya supaya mudah laku disisi Allah s.w.t

Have a Good Day,,,

salam,,
morning......
mulakan hari ini dengan senyuman...

Apabila kita memulakan kan hari baru...tinggal la hari semalam..
pandanglah kehari esok...
Jangan sesekali tolek lg kebelakang..
jadikan hari semalam sebagai tauladan..

Baiki diri...
Semoga dosa2 semalam tidak lagi membelenggu kita..

Kadang2 kita berasa putus asa mengenangkan dosa2 semalam...
tapi kita lupa semasa melakukannya,,

walauapa pun..
jangan sesekali membelenggukan diri dgn dosa2 semalam..
tanpa penyesalan,,,

Allah maha mendengar taubat hambaNya...
bertaubatlah..
lupakanlah...Dosa2 yang telah dilakukan

Bangunlah dengan hidup yang baru..
sesungguhnya itulah insan..
mudah alpa...


>> Ya Allah....ampunkan lah hambamu ini
>>>sesungguhnya aku begitu berdosa padamu
>>>>dosa2 semalam begitu membelenggu diriku
>>>>>bantulah aku untuk menjadi muslimah solehah
>>>>>>>semoga Dikau Ya Rabbul Izzati mengampunkan dosa2 silam ku
>>>>>>>>>dan aku tidak lagi dibelenggu dgn dosa2 itu....

ameen..

Monday, January 12, 2009

Imam Ghazali Said..

Dengan gemerlap & bersinarnya hati,maka lahirlah kebaikan.
Dengan gelapnya hati,maka lahirlah kejahatan.
Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya,
maka akan mengenal Tuhannya.

Adakah esok masih ada untuk kita..

Dunia bagaikan malam..
yang berlalu,,,

masih kah esok masih ada,,
masihkah mentari menyinar ,,

pada pagi yang akan menjelma..

Ada ruang untuk insan memohon taubat dan rahmat dari-Nya.



Dunia tetap umpama malam,,
walaupun Tuhan turun kelangit dunia terbuka,,
walaupun doa diterima,,

namun insan,,
memilih untuk terus terlena..

Sunday, January 11, 2009

Cerita Tentang Perjalanan Jiwa Seorang Yang Bergelar Sufi,,,

Dia berkata :
Hatiku pernah gelisah memikirkan lima perkara Sehingga aku sibuk mencari jawapannya,,,

Ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula,,,

Pertama,
aku mencari barokah dalam mengejar keperluan hidup,, Aku menemukannya saat aku melakukan Solat Dhuha

Kedua, aku mencari penerang dalam alam kubur Aku menemukannya saat aku melakukan Solat Malam

Ketiga, aku mencari jawapan untuk pertanyaan Munkar dan Nakir Aku menemukannya saat aku membaca Al Qur’an

Keempat, aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratal Mustaqim Aku menemukannya saat aku berpuasa dan bersedekah

Dan

kelima, aku mencari naungan Arasy Dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah ..

Sekarang hatiku beristirehat.

Rahsia disebaliknya,,,,,

Jika rasa kecewa,
pandanglah ke SUNGAI..
Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang...

Jika rasa sedih,
pandanglah ke LANGIT...
keindahannya bukti kewujudan Yang Maha Esa...

Lantas,,,
tersedarlah kita...
bahawasanya..
KITA TIDAK SENDIRI DALAM MENGHARUNGI HIDUP


Allah sentiasa bersama..

LA TAHZAN...

Warna2 cinta By Brothers

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis

10 januari 2009

hari ini...mungkin satu hari dalam sejarah bagiku...

mungkin juga>>satu hari yg perlu ku buang jauh2....
hari ini juga..mengajar aku erti hidup..
sebenar2 hidup di alam nyata ini...
sesungguhnya,Allah itu maha mengetahui dan maha penyayang...

Thanks to God for everything...
segala kesilapan hidup,,akan ku jadikan batasan dan tauladan didalam hidup ini.....

maka...sayangilah diri anda sepenuh nya sebelum memberikan nya kepada sesiapa pun,,melainkan cinta yang hakiki buatMu ya Rabbul Alamin...

Kejujuran,,,

Kejujuran itu adalah sesuatu yang dilihat satu pelengkap....
tidak kiralah dalam sebuah perhubungan, pekerjaan , atau apa sahaja...

tanpa sebuah kejujuran , maka terbit lah segala kekacauan dan kekeliruan...

dan bagiku,, ketidakjujuran itu ada lah satu sifat yang sangat zalim..
dan dalam perhubungan..ketidakjujuran itu adalah sehebat2 peluru yang boleh membunuh rasa kasih dan cinta...

sesungguhnya,tidak jujur itu adalah munafiq....

salam tahun baru..

salam....selamat tahun baru buat semua.. selamat tahun baru 1430 hijriah dan juga selamat tahun baru 2009 masihi...

semoga tahun baru ini membuka lebaran baru buat hidupku....
segala-galanya bermula dengan satu tekad, matlamat dan sepenuh pengharapan kepada tuhan khaliq dengan segunung kesabaran....