Thursday, February 1, 2007

sekadar Tazkirah buat teman2 student sepertiku!!!

Diskusi antara seorang pensyarah dengan seorang student di sebuah pusat pendidikan dimalaysia..

Kami tidak berzina!
Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak
menghampiri zina
Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanyakhabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina ???
Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang.
Kamu dalam bahaya.
Jangan bermain dengan bahaya.
Iblis dansyaitan akan memerangkap kamu.
Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran.
Iblis amat berpengalamandan tipu dayanya amat halus.
Ia telah menipu nenekmoyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.
Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa?
Ia adalebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah : Janganlahengkau bersendirian dangan seorang wanita kecualiketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untukmenghadapi tipu daya iblis Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepadapenzinaan.

Ada orang bercinta dalam telefon dan hantarSMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul !!!!.
Itu adalah salah satu yang dimaksudkan denganmenghampiri zina.
Memang pada awalnya tidak bersuamuka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akanmengheret kepada suatu pertemuan.
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.

Percayalah!!!!!!,

ia akanberlanjutan dan berterusan.
Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh????? Itupun zinajuga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,
adazina betul,
ada zina tangan( berpegang-pegangan),
adazina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi).
Melihat auratnya juga zina mata.
Zina hati iaitu
khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yangdinyatakan oleh Rasulullah:

"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanyaadalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulutjuga berzina dan zinanya ialah ciuman "(Muslim dan AbuDaud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawakepada penzinaan

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?
Bincangpelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke?

Jangan tipu!!!.

Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya.
Kitabelajar nak keberkatan.
Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidakakan membawa kebahagiaan.
Hidup tidak bahagia,akhiratlebihlah lagi.
Jangan berselindung disebalik pelajaranyang mulia.
Allah suka kepada orang yang berilmu.
Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat.

Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group. Study group…?

nampak macam lain macam saja.
Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi.
Takkan study group berdua sahaja?
Kemana-mana pun berdua.
Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramaisedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..
betul kebincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah.

Sungguh berbincang pelajaran Baik sungguh awak berdua.

Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?
Awak kurang sihat ke?
Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu.
Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan.

Itulah manusia!!Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakanbelajar?

Habis sudahkah kaum sejenis yang bolehmemberikan motivasi?
Jangan hina kaum sejenis.
Ingatbanyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaumsejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapatberkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaankejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka kalaudimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.
Islam bukan datang untuk membunuh naluri dankeinginan itu.

Tidak!!!
Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.
Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada dirisendiri.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itudatang tanpa diundang.
itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya.
Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa nalurinafsu.
Tentu ada cinta secara Islam Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan.

Cinta berlaku setelah ijab qabul;
cinta lepas kahwin.
Itulah cinta sakral dan qudus.
Cinta yang bermaruah.
Bukancinta murahan.
Inilah kemuliaan agama kita,Islam.
Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah iadigantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelumkahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang salingmencintai kecuali nikah" (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia.
Ia terlalu mulia Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya
kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaanturut terusik.
Kemudian perasaan dilayan.
Kemudian teringat,rindu.
Kemudian aturkan pertemuan.
Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat.
Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru.
Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?
Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan.
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.
Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersihtanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina.
Kami tahan diuji.
Allah menciptakan manusia.
Dia tahu kekuatan dankelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian.

Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah.
Takut manusia kecundang Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil.Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan padaAdam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.

FirmanAllah: "Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalamsyurga serta makanlah dari makanannyasepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai danjangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya)maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim"(Al-A'araf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi.Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa.J
ika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri.
Demikianlah dengan zina.
Ditegah zina.
Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.
Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam danHawa.

Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedangbercinta?

Bercinta penuh dengan lakonan yangdibuat-buat dan kepura-puraan.
Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik.Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi.
Masabercinta adalah alam lakonan semata-mata.
Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk.
Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadianpasangan semasa bercinta.
Perangai jauh berbeza.
Macamlangit dan bumi.
Masa bercinta,dia seorang yang amatpenyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambatberjam-jam.
Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dahn kena tengking.
Jadi,perwatakan masa bercinta tidakboleh dipercayai.
Percintaan adalah suatu kepuraanyang hipokrit.
Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepadahamba-hambanya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan.
Allah yang akan menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidakdiredhai Allah.
Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.
Sudah tentuprosesnya bukan cinta sebegini.
Allah tidak meredhai percintaan ini.
Cinta yang diredhai,
cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagiaj ika langkah memulakannya pun sudah canggung.

Bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkatboleh ke?

ganti bercinta!!

Semua itu adalah perangkap syaitan.
Hakikatnya sama.Cinta yang diberi nafas baru.
Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama.
Adik,abang,kakak angkatadalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan.
Cuma menunggu masa untuk dikorbankan Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia.
Sebab ukuran manusiasering berbeza-beza.
Orang yang sedang mabuk bercintamengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskanapa-apa maruah dirinya.
Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah.
Cintanya ditumpahkan kepada orang yangbelum layak menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orangyang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakalaorang yang bercinta dan pernah berzina tidak layakberkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzinajuga.
Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orangyang beriman.

Allah berfirman:" Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwinmelainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuanmusyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya)tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelakiyang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yangdemikian terlarang kepada orang-orang yangberiman."(Surah an-Nur: Ayat 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin denganorang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanitayang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik
Kami telah berjanji untuk sehidup semati
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudahjanji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasansahaja.
Habis madu,sepah dibuang.
Pepatah itu diungkapkerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka padabarang 'second hand' sedangkan barang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan sepertikereta di show room; display only.
Tapi ada yang boleh test drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu,ke hilir.

Sedihkan.

Itulah hakikatnya Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu.
Golongan inisentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil.
Mereka akanbertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: "Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannyaserta orang-orang perempuan yang memeliharakehormatannya (yang memelihara dirinya daripadamelakukan zina)…Allah telah menyediakan bagi merekasemuanya keampunan dan pahala yang besar"(Al-Ahzab:ayat 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang.
Bertaubatlah dengan taubatnasuha.
Berdoalah serta mohon keampunan dariNya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya
Kami ingin mendapat redha Tuhan.
Tunjukkan bagaimana taubat nasuha Taubat yang murni.
Taubat yang sebenar-benarnya.
Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungancinta yang tidak diredhai Allah ini
2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidupyang menjurus diri dalam percintaan
3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercintalagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yangbernama isteri atau suami.

Saatnya adalah setelah ijapKabul
Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan.
Ampunilahdosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau MahaPengampun dan Maha Penerima Taubat.
Berilah kekuatankepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa.
Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying.
Mengapa kucurahkan kasihku kepadaorang lain.
Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

1 comment:

Unknown said...

infomative.. tq

cekedess