Friday, February 2, 2007

Kisah Kasih

Gelang Zamrud
> >Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya.
>Hari ni dia akan masak "kari kapitan kepala ikan >merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di > Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi
>bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya >yang tercinta akan pulang.
> >Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari >ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah >dijemput dari rumah ibunya.
Dia mahu buat >persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif,
lelaki yang >sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah >tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan >mereka. Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya >dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya >pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini >semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang >sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang >berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang >pada ketika itu hanya seorang kerani biasa >berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan >ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang >Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya >yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai >kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan >pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat >hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup >menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan >yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati. > >Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya >mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, >Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang >penuh ceria. > >"Assalamualaikum......", kedengaran suara memberi >salam. Marni tersentak. > >"Abang!Walaikumsalam...", senyumnya melebar melihat >Hazif di belakangnya.Tangan suaminya dicium dengan >penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di >dahi Marni. > >"Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar >bunyi pintu dibuka pun?" > >"Saje aje. Nak suprisekan Mar!", Hazif membelai lembut >rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Marni. >Rasanya baunya lain benar dengan minyak >wangi yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli >"perfume" yang baru dari Penang , fikir Marni. >"Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul >tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?" > >"By air...", ringkas jawapan Hazif. > >"Habis kereta abang?" >"Pada Salleh...", jawab Hazif. > >"Oh patutlah..", Marni hanya menganggukkan kepala. Dia >kenal benar pada Salleh, salah seorang rakan kongsi >suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Salleh menumpang >kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya >yang satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsi >mereka yang ke empat. > >"Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau >balik outstation, dia balik sini. Cari makan >dulu....", tanya Marni. Dia sememangnya sudah masak >dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang >masih membujang. > > >"Nanti dia datang.......", ujar Hazif. > >"Mana budak-budak Mar...?", tanya Hazif. >" Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu....main >basikal satu pagi." > >"Basikal?", tanya Hazif. > >"Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang >sibuk main tu..", jawab Marni sambil meletakkan milo >ais kegemaran Hazif didepannya. > >"Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?" >"Ah.... Mar masak lauk favourite abanglah...", >senyuman Marni melerek. >"Kari Kapitan?", teka Hazif. >" Apa lagi......" >"Bagus jugak tu...Mar siapkan makan. Abang nak tengok >budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia >orang...." > >"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik Marni. > >"Tersangatlah rindu.....", jawab Hazif lalu mengucap >dahi isterinya lagi. >Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang >yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin >mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif yang >penyayang. > >Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan >sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai >seorang isteri. Apatah lagi di saat ini >mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang >cerdik dan comel. >Hazif merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak >tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. >Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan >jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? >Itulah yang selalu Hazif fikirkan. Dia tahu, Marni >seorang wanita yang cekal hatinya. >Apa pun rintangan pasti Marni dapat mengatasinya. >Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang >bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah >persoalan yang sedemikian. > >Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. >Sempat dia melihat Hazif menyeka airmata. Marni >hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat >Hazif menangis selain selepas waktu mereka sudah siap >diijab kabulkan dulu. >Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga >kerana berjaya juga menikahi Marni walaupun mendapat >tentangan hebat dari ayah Marni. > >"Bang... kenapa ni...?" > >Hazif mengangkat muka, memandang Marni. > >"Mar...kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah >anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat >ajaran agama yang secukupnya...", ujar Hazif, >lembut. > >"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. >Mar dah siapkan tu..." > >"Mar janji dengan abang dulu....", rayu Hazif. > >Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak >kena dengan Hazif hari ini. Tidak pernah seingatnya >Hazif berangai pelik seperti ini. > >"Yalah...Mar janji..", akhirnya Marni bersuara, tidak >mahu memanjangkan teka-teki ini lagi. >"Mar...abang ada belikan Mar sesuatu....", ujar Hazif >sambil menyeluk pokek seluarnya. > >"Eh......gelang zamrud....", senyum Marni tatkala >melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. > >"Mar ingatkan gelang ni tak?". Gembira benar hati >Hazif melihat keriangan di wajah Marni. > >"Ingat?", Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian >dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada >gelang itu. > >"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai >masa di Komtar? Mar suka sangat tengok gelang tu. Masa >tu, abang tak ada duit nak belikan Mar. >Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang >akan belikan juga gelang tu untuk Mar. Kebetulan >kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang >terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli..." > >Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak >disangka,setelah sekian lama, Hazif masih ingatkan >gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri >tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi >berangan untuk memilikinya. >Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya. > >"Terimakasih bang....", Marni memeluk suaminya. > >"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", >bisik Hazif ke telinga Marni. > >"I love you too..", balas Marni. Air jernih mula >tergenang di anak matanya. > >Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit >orang. >"Amran agaknya tu....", bisik Hazif. > >"Tak pa. Biar Mar yang buka pintu...", Marni bangun >melepaskan pelukannya. > >"Mar....",Hazif menyambar tangan Marni. > >"I love you...very very much.....", Hazif mengucup >tangan Marni, penuh kasih. > >"Me too..," jawab Marni pendek. Gelang zamrud >dimasukkan ke poket bajunya. > >Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan >rambut yang kusut masai. > >"Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" >memanjang. Hari ni lain macam aje?", usik Marni. > >Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput >dan melebuhkan punggungnya di sofa. > >"Mar...can you please sit down..", pinta Amran. > >Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni >agaknya?, detik hatinya. > >"Please...I have something very important to tell >you...", pinta Amran lagi. > >Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti >mana yang dipinta. Amran menunduk. Tidak tahu >begaimana untuk memulakan perbualannya. > >"Mar...apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar >sabar dan bertawakal. >Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat >yang keluar dari mulut Amran. > >"Apa yang you merepek ni Am?". Teka-teki terus bermain >di benak Marni. > >"Mar.......Hazif....Hazif kemalangan. Dia tak dapat di >selamatkan Mar...", >tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Amran. > >Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran >lakunkan? Hazifkan ada di rumahnya tika dan saat ini. > >"Apa ni Am...kalau nak bergurau pun biarlah >bertempat...", balas Marni. > >"I'm serious Mar.....Am yang saksikan sendiri.." > >Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar >sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. >Di bilik anak-anaknya. > >"Am.....apa yang Am cakap ni...Hazifkan dah balik. Dia >ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia..." > >"Apa? Hazif dah balik?", terbeliak mata Amran. Sungguh >dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala >Hazif di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas >yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana >Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menuju >ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah >jenazah Hazif dibawa ke hospital dengan diikuti Salleh >dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor >Baru untuk ke rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan >berita buruk ini pada Marni sendiri. Dia tahu betapa >wanita ini menyintai suaminya. > >Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah >menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan >membawa jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar. >Mana mungkin Hazif pulang ke rumah? > >"Am...you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah >balik...", Marni mengejutkan Amran dari khayalannya. > >"Mar...Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am >sendiri yang melihat kejadian itu. Hazif meninggal di >pangkuan Am Mar..." > >"Bohong...Hazif dah balik...Nanti biar Mar panggil >dia....", Marni semakin binggung. Apa tujuan Amran >menceritakan yang bukan-bukan padanya? >Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif >tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di bilik mereka. Dia >menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif. >Tiada jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu >Hazif mungkin ke sana . >Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni >terduduk di ruang makan. > >Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di >tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang >Amran sampaikan? Mimpikah dia? > >Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian >benar dia melihat Marni ber lari ke sana-sini mencari >Hazif yang dikatakan sudah pulang. > >"Mar...arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu...", Amran >menghulurkan kotak berwarna merah. Marni hanya mampu >memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak >yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan >dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang >subang zamrud. > >Terlopong mulut Marni. > >"Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. >Kelmarin masa arwah beli, Am pasti benar ada seutas >gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Am >cari, tak jumpa juga", sedih suara yang keluar dari >mulur Amran. > >Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras >dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud >pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari poket >bajunya. > >"Ini ke Am?", tanyanya perlahan. > >Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli >Hazif malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Hazif >menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu >untuk Marni. Tapi macam mana pula benda itu boleh >berada pada tangan Marni? Apakah benar cakap-cakap >Marni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan >gelang itu kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang >nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan >izinNya. > >Marni hanya mampu menangis. Dia memandang >"kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang >belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut >kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya >saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau >benar Hazif sudah pergi sebagaimana kata Amran, siapa >pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud >ini padanya? Sungguh sukar untuk Marni menerima >kenyataan ini. > >Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan >surah Yassin, >Marni masih mengharap akan kepulangan Hazif, sambil >memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk >memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif >tiba di rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya >sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya >seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

No comments: