Friday, February 2, 2007

Inikah Lelaki KACAK Yg perlu ku Cari....????

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidakakan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebihtinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikatdan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawaAl-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnyaakan diterima Allah.Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabilaseseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibukmelakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacakakan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datangmendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklahahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang kerumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cubauntuk memisahkan orang yang kacak itu supaya merekadapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yangmeninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannyaberseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akanmeninggalkannya sehingga aku membawanya masukkesyurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya danberkata:"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanyakadang kala dengan suara perlahan dan kadang kaladengan suara yang kuat.""

Janganlah engkau bimbang.

Selepas pertanyaanMunkardan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akanmengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuhdengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang ituadalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapidengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untukmendekati dan merebut syafaat itu kita adalahorang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah.

Bila ia telahdatang kita tidak akan mampu memperlambatkan ataumempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yangakan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecualiamalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.Allahu 'Alam...

No comments: